Penyertaan "Peraduan Ulas Buku ITBM di Facebook/Blog" anjuran ITBM oleh Intan Safirah sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2014.
Ketika baru membaca naskhah ini dalam jangkaan lima halaman, saya bertuah kerana dipertemukan oleh seorang sahabat di Dewan Bahasa dan Pustaka dengan penulisnya. Sambil mendapatkan tandatangannya, saya meneliti raut penulis, Nur Mustika yang putih dan manis itu. Dengan bahasa Melayunya yang sedikit bunyi ‘kesabahan’, hati saya berbisik, tidak syak lagi bahawa Nur yang dimaksudkan di dalam naskhah ini ialah Nur Mustika sendiri. Oleh itu, dalam imaginasi, saya telah meletakkan wajah penulis sebagai watak utama di dalam naskhah ini.
Apabila mengetahui bahawa pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2012 ini merupakan senior di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya dulu, perasaan untuk menggali naskhah ini ternyata terasa lebih dalam. Sebagai anak perantauan, saya berpendapat bahawa saya ‘sekapal’ dengan watak Nur di dalam naskhah ini. Mungkin sama juga perasaannya untuk pembaca-pembaca lain yang bertualang sama ada untuk mencari rezeki, atau menuntut ilmu.
Jika dilihat dari sudut pengolahan cerita, sudah terang lagi bersuluh bahawa Nur Mustika menggunakan teknik imbas kembali (flashback) untuk menjayakan naskhah Ke Pulau Sebatik ini. Nur Mustika mengimbas kembali segala peristiwa yang pernah dialami oleh Nur saat berada di kampung halamannya. Semua peristiwa imbas kembali itu dijelmakan melalui khayalan Nur. Tujuannya agar pembaca dapat dibawa menyelami zaman kanak-kanak Nur yang sarat dengan kisah lucu dan pilu.
Khayalan Nur itu menunjukkan kuatnya gelojak keinginannya yang tidak sabar-sabar mahu kembali menjejaki ke Pulau Sebatik. Apa yang uniknya, semua khayalan Nur itu berlaku sewaktu beliau dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya; bermula dengan menaiki teksi dari varsiti, menaiki LRT ke KL Sentral, menaiki bas ke LCCT, sepanjang di LCCT dan juga di dalam pesawat, menghampiri Pulau Sebatik yang dirinduinya. Hakikatnya, latar tempat di dalam dunia realiti hanyalah di Kuala Lumpur (jika ditolak saat sampainya Nur ke Tawau di bahagian peleraian) dan khayalan imbas kembali sepenuhnya di Pulau Sebatik. Hakikatnya lagi, latar masa di dalam dunia realiti juga hanya beberapa jam, sedangkan latar masa dalam pemikiran Nur menjangkau bertahun-tahun. Hal ini membuktikan bahawa khayalan dan imbas kembali Nur itu lebih kuat mendominasi novel.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa karya yang terlalu banyak unsur imbas kembali ini boleh terdorong menjadi naskhah yang lemah. Jalan cerita mungkin boleh menjadi tidak jelas dan tiada konflik serta emosi yang mampu ‘dihidangkan’ kepada pembaca. Namun, filem Slumdog Millionaire yang juga telah menggunakan teknik imbas kembali sebagai ‘pendukung’ jalan cerita filem itu berjaya menjadi sebuah karya yang baik.
Andai Nur Mustika meletakkan perkaitan antara dunia realiti dan khayalan Nur, mungkin naskhah ini akan menjadi lebih kuat. Contoh yang boleh diambil adalah apabila ingatan Nur terarah kepada kisah hantu di pulau kesayangannya itu. Ingatannya itu datang secara tiba-tiba dan tidak ada insiden yang boleh mengingatkannya kepada kisah hantu di kampung halamannya. Penulis hanya menyatakan, “… tiba-tiba terbentang pelbagai kisah indah berkenaan hantu di pulauku.” Lalu, kisah hantu itu diceritakan dalam khayalannya. Penggunaan perkataan 'tiba-tiba' itu dilihat agak mudah dan kurang mencabar.
Berbalik kepada filem Slumdog Millionaire, terdapat jalinan yang indah antara dunia realiti dan khayalan watak utama. Apabila watak utama diajukan soalan dalam Who Wants To Be A Millionaire, segera ingatannya terarah pada kisah hidupnya yang terdahulu kerana soalan itu ada kaitan dengan kisah hidupnya. Oleh itu, dapat dilihat bahawa kedua-dua latar sama-sama dominan meskipun kisah dalam khayalan watak utama merupakan ‘inti’ kepada jalan cerita.
Kekuatan yang dapat dilihat di dalam naskhah ini antaranya ialah unsur regresi. Unsur regresi merupakan salah satu daripada helah bela diri; dari konteks teori psikologi. Menurut definisi yang lebih umum, iaitu Kamus Dewan, regresi merupakan gerakan mundur.
Gerakan mundur yang dimaksudkan dalam konteks psikologi adalah tindakan penulis mengimbau kembali peristiwa yang menggembirakan yang pernah dilalui sepanjang hidupnya untuk melegakan emosi. Ia bukan sekadar melegakan emosi penulis, malah melegakan jiwa pembaca yang pernah melalui pengalaman yang sama dengan penulis. Secara peribadi bagi saya yang bersekolah pada tahun 90-an, contoh yang memikat hati ialah peletakkan subjek biskut kelapa jenama Kingkong. Bagi sesiapa yang pernah menjadikan biskut kelapa ini sebagai kudapan ketika zaman persekolahan dahulu, pasti akan terkenang dan tersenyum sendiri. Hal ini membawa kepada suatu perasaan yang disebut; nostalgia. Penulis dilihat berjaya memberi citra yang jelas kepada pembaca dengan pelakaran imej-imej suasana kampung, dengan membayangkaKetika baru membaca naskhah ini dalam jangkaan lima halaman, saya bertuah kerana dipertemukan oleh seorang sahabat di Dewan Bahasa dan Pustaka dengan penulisnya. Sambil mendapatkan tandatangannya, saya meneliti raut penulis, Nur Mustika yang putih dan manis itu. Dengan bahasa Melayunya yang sedikit bunyi ‘kesabahan’, hati saya berbisik, tidak syak lagi bahawa Nur yang dimaksudkan di dalam naskhah ini ialah Nur Mustika sendiri. Oleh itu, dalam imaginasi, saya telah meletakkan wajah penulis sebagai watak utama di dalam naskhah ini.
Apabila mengetahui bahawa pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2012 ini merupakan senior di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya dulu, perasaan untuk menggali naskhah ini ternyata terasa lebih dalam. Sebagai anak perantauan, saya berpendapat bahawa saya ‘sekapal’ dengan watak Nur di dalam naskhah ini. Mungkin sama juga perasaannya untuk pembaca-pembaca lain yang bertualang sama ada untuk mencari rezeki, atau menuntut ilmu.
Jika dilihat dari sudut pengolahan cerita, sudah terang lagi bersuluh bahawa Nur Mustika menggunakan teknik imbas kembali (flashback) untuk menjayakan naskhah Ke Pulau Sebatik ini. Nur Mustika mengimbas kembali segala peristiwa yang pernah dialami oleh Nur saat berada di kampung halamannya. Semua peristiwa imbas kembali itu dijelmakan melalui khayalan Nur. Tujuannya agar pembaca dapat dibawa menyelami zaman kanak-kanak Nur yang sarat dengan kisah lucu dan pilu.
Khayalan Nur itu menunjukkan kuatnya gelojak keinginannya yang tidak sabar-sabar mahu kembali menjejaki ke Pulau Sebatik. Apa yang uniknya, semua khayalan Nur itu berlaku sewaktu beliau dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya; bermula dengan menaiki teksi dari varsiti, menaiki LRT ke KL Sentral, menaiki bas ke LCCT, sepanjang di LCCT dan juga di dalam pesawat, menghampiri Pulau Sebatik yang dirinduinya. Hakikatnya, latar tempat di dalam dunia realiti hanyalah di Kuala Lumpur (jika ditolak saat sampainya Nur ke Tawau di bahagian peleraian) dan khayalan imbas kembali sepenuhnya di Pulau Sebatik. Hakikatnya lagi, latar masa di dalam dunia realiti juga hanya beberapa jam, sedangkan latar masa dalam pemikiran Nur menjangkau bertahun-tahun. Hal ini membuktikan bahawa khayalan dan imbas kembali Nur itu lebih kuat mendominasi novel.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa karya yang terlalu banyak unsur imbas kembali ini boleh terdorong menjadi naskhah yang lemah. Jalan cerita mungkin boleh menjadi tidak jelas dan tiada konflik serta emosi yang mampu ‘dihidangkan’ kepada pembaca. Namun, filem Slumdog Millionaire yang juga telah menggunakan teknik imbas kembali sebagai ‘pendukung’ jalan cerita filem itu berjaya menjadi sebuah karya yang baik.
Andai Nur Mustika meletakkan perkaitan antara dunia realiti dan khayalan Nur, mungkin naskhah ini akan menjadi lebih kuat. Contoh yang boleh diambil adalah apabila ingatan Nur terarah kepada kisah hantu di pulau kesayangannya itu. Ingatannya itu datang secara tiba-tiba dan tidak ada insiden yang boleh mengingatkannya kepada kisah hantu di kampung halamannya. Penulis hanya menyatakan, “… tiba-tiba terbentang pelbagai kisah indah berkenaan hantu di pulauku.” Lalu, kisah hantu itu diceritakan dalam khayalannya. Penggunaan perkataan 'tiba-tiba' itu dilihat agak mudah dan kurang mencabar.
Berbalik kepada filem Slumdog Millionaire, terdapat jalinan yang indah antara dunia realiti dan khayalan watak utama. Apabila watak utama diajukan soalan dalam Who Wants To Be A Millionaire, segera ingatannya terarah pada kisah hidupnya yang terdahulu kerana soalan itu ada kaitan dengan kisah hidupnya. Oleh itu, dapat dilihat bahawa kedua-dua latar sama-sama dominan meskipun kisah dalam khayalan watak utama merupakan ‘inti’ kepada jalan cerita.
Kekuatan yang dapat dilihat di dalam naskhah ini antaranya ialah unsur regresi. Unsur regresi merupakan salah satu daripada helah bela diri; dari konteks teori psikologi. Menurut definisi yang lebih umum, iaitu Kamus Dewan, regresi merupakan gerakan mundur.
Gerakan mundur yang dimaksudkan dalam konteks psikologi adalah tindakan penulis mengimbau kembali peristiwa yang menggembirakan yang pernah dilalui sepanjang hidupnya untuk melegakan emosi. Ia bukan sekadar melegakan emosi penulis, malah melegakan jiwa pembaca yang pernah melalui pengalaman yang sama dengan penulis. Secara peribadi bagi saya yang bersekolah pada tahun 90-an, contoh yang memikat hati ialah peletakkan subjek biskut kelapa jenama Kingkong. Bagi sesiapa yang pernah menjadikan biskut kelapa ini sebagai kudapan ketika zaman persekolahan dahulu, pasti akan terkenang dan tersenyum sendiri. Hal ini membawa kepada suatu perasaan yang disebut; nostalgia. Penulis dilihat berjaya memberi citra yang jelas kepada pembaca dengan pelakaran imej-imej suasana kampung, dengan membayangkan sebuah rumah kayu, pelantaran yang dijadikan tempat mandi, bermain-main di kolong, dan sistem saluran air melalui limbahan.
Selain mengenang rasa nostalgia Nur, elemen intertekstualiti yang dapat dikesan dilakukan oleh Nur Mustika ialah dengan memasukkan kisah budaya masyarakat Tidung ke dalam naskhah ini. Kisah tembuni yang dikatakan sebagai ‘saudara dalam kandungan’ juga merupakan unsur budaya yang dapat dipelajari oleh pembaca secara tidak langsung. Lebih menarik, terdapat kisah sotong gergasi yang kekal sebagai mitos sehingga kini. Kegigihan penulis meletakkan unsur-unsur ini menggambarkan jiwa penulis yang patriotik dan berusaha mempromosi kisah indah ini kepada masyarakat luar selain di Pulau Sebatik.
Walau bagaimanapun, kaedah Nur Mustika memasukkan fakta di dalam naskhah ini adakalanya dilihat agak mahu ‘mendidik’ pembaca malah diceritakan dengan sudut pandang ‘aku’ sahaja. Andai ada watak lain yang menjadi objek untuk watak Nur bercerita, pada pandangan saya, ia akan kelihatan lebih menarik sementelahan pula novel ini berada dalam kategori novel remaja. Ia harus lebih santai (tidak semestinya santai itu akan menghasilkan karya picisan) namun masih padat dengan didaktik dan ilmu.
Saya sedia maklum bahawa novel ini ada kesinambungannya. Sungguh saya kurang sabar untuk melihat perkaitan yang ada dengan Pulau Sebatik 1 dengan Pulau Sebatik 2. Apa yang dapat disimpulkan dengan Pulau Sebatik 1 ini, ia adalah jalinan yang indah antara emosi Nur dengan kampungnya. Naskhah ini merupakan tanda cinta seorang anak muda dengan tanah airnya. Tidak mustahil rasanya jika suatu hari nanti novel ini menjadi novel KOMSAS dan dikaji oleh pelajar-pelajar sekolah agar pelajar-pelajar juga sedar akan betapa pentingnya menghargai asal usul diri.n sebuah rumah kayu, pelantaran yang dijadikan tempat mandi, bermain-main di kolong, dan sistem saluran air melalui limbahan.
Selain mengenang rasa nostalgia Nur, elemen intertekstualiti yang dapat dikesan dilakukan oleh Nur Mustika ialah dengan memasukkan kisah budaya masyarakat Tidung ke dalam naskhah ini. Kisah tembuni yang dikatakan sebagai ‘saudara dalam kandungan’ juga merupakan unsur budaya yang dapat dipelajari oleh pembaca secara tidak langsung. Lebih menarik, terdapat kisah sotong gergasi yang kekal sebagai mitos sehingga kini. Kegigihan penulis meletakkan unsur-unsur ini menggambarkan jiwa penulis yang patriotik dan berusaha mempromosi kisah indah ini kepada masyarakat luar selain di Pulau Sebatik.
Walau bagaimanapun, kaedah Nur Mustika memasukkan fakta di dalam naskhah ini adakalanya dilihat agak mahu ‘mendidik’ pembaca malah diceritakan dengan sudut pandang ‘aku’ sahaja. Andai ada watak lain yang menjadi objek untuk watak Nur bercerita, pada pandangan saya, ia akan kelihatan lebih menarik sementelahan pula novel ini berada dalam kategori novel remaja. Ia harus lebih santai (tidak semestinya santai itu akan menghasilkan karya picisan) namun masih padat dengan didaktik dan ilmu.
Saya sedia maklum bahawa novel ini ada kesinambungannya. Sungguh saya kurang sabar untuk melihat perkaitan yang ada dengan Pulau Sebatik 1 dengan Pulau Sebatik 2. Apa yang dapat disimpulkan dengan Pulau Sebatik 1 ini, ia adalah jalinan yang indah antara emosi Nur dengan kampungnya. Naskhah ini merupakan tanda cinta seorang anak muda dengan tanah airnya. Tidak mustahil rasanya jika suatu hari nanti novel ini menjadi novel KOMSAS dan dikaji oleh pelajar-pelajar sekolah agar pelajar-pelajar juga sedar akan betapa pentingnya menghargai asal usul diri.
0 comments:
Post a Comment