Penyertaan "Peraduan Ulas Buku ITBM di Facebook/Blog" anjuran ITBM oleh
Umi Saidatul Arryennah Binti Madsah sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2014
“Alam
mengajar erti kemanusiaan sebenar, manusia mengajar erti kehidupan.”
Demikianlah
buku ini yang banyak membawa bukti kenyataan di atas.
Nukilan
yang tidak mengenal erti keluhan, penceritaan yang tidak pernah bersoal tentang
kepayahan, pengorbanan yang berjaya menghasilkan kejayaan. Penulis cuba
membawakan suatu dimensi pemikiran yang berpandangan jauh tanpa menjadikan soal
kesulitan suatu batu penghalang untuk beliau mencapai impian.
Membaca
buku ini seolah-olah membuka lembaran baru kepada saya yang membaca sebagai
seorang bakal pendidik yang akan menghabiskan lebihan dua tahun pengajian ini.
Perspektif saya diperluas yang mana sebelum ini melihat pengajian sebagai satu
yang sangat lama dan panjang untuk mencapai tahap ijazah. Namun penulis telah
berjaya membangkitkan semangat bahawa pembelajaran itu tidak seharusnya
terhenti walaupun sudah berumah tangga.
Buku
ini dapat membawa suasana “empat musim” yang tiada di Malaysia. Saya merasai
aura keibuannya apabila beliau meletakkan keluarga sebagai satu semangat untuk
meneruskan pengajian dalam bidang kedoktoran.
Selain
itu, penulis cuba memperluas skop peranan seorang perantau agar mengambil
kesempatan semula jadi yang tersedia alam ciptaan Allah. Pelajaran dari
persekitaran itu agak sukar sekiranya seseorang tidak menghargai keindahan
alam. Penulis cuba membawakan cerita-cerita pengajaran berdasarkan kronologi
musim yang tidak terdapat Negara di garisan Khatulistiwa ini.
Jauh
ke manapun perjalanan ini, onak berduri badai mendatang? Namun penulis tetap
menerima dengan hati yang terbuka, fikiran yang positif, tanggapan minda yang
kreatif dan kritis. Kematangannya dalam setiap tindakan dan ungkapan yang
beliau cuba cetuskan membuatkan pembaca sentiasa berada di landasan hidup yang
positif. Langsung tidak dijadikan musibah itu sebagai satu penghalang untuk
penulis melalui jalan yang telah dipilih. Perancangan yang begitu rapi dan
menyerahkan selebihnya kepada Yang Maha Esa membuatkan pembaca lebih berani
menghadapi segala rintangan yang ada.
Tuntasnya,
manusia akan mampu mempelajari erti kehidupan melalui alam kerana hidup di
dunia ini bukan sahaja hidup bersama manusia, tetapi juga hidup bersama alam
persekitaran. Manusia pula tidak kira latar belakang adalah tetap makhluk Tuhan
yang selayaknya tinggal di muka bumi ini menuntut ilmu sedalam laut, seluas
pasir di pantai dan setinggi langit. Tidak ada batasan untuk seseorang itu
menuntut ilmu sungguhpun umurnya sudah lanjut. Penulis telah berjaya
membuktikannya apabila beliau yang bermula dari ‘zero’ berusaha menjadi ‘hero’
dalam hidupnya tanpa membelakangkan hal keluarga. Bermula daripada seorang yang
tidak mempunyai rumah, kereta, ‘babywalker’ dan lain-lain kerana kos yang
terlalu tinggi di United Kingdom namun tidak gopoh untuk memilikinya. Berkat
kesabaran sebuah keluarga dan rezeki yang dicari dengan penuh ikhlas, keluarga
ini mampu memiliki kereta untuk kemudahan mereka.
Bukanlah
suatu perkara yang mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang
baharu lebih-lebih lagi apabila membawa bersama anak-anak kecil. Soalnya
persekitaran yang mana malam lebih panjang dari siang, cuaca yang lebih sejuk
dari yang biasa dan hujan yang tidak menentu. Dalam buku kali ini, setiap yang
membacanya pasti dapat membuka perspektif baharu mengenai pendidikan yang
seharusnya dijadikan suatu perkara yang sangat penting biar bagaimanapun liku
dan cabaran yang dihadapi.
Kekuatan
bahan bacaan ini ialah apabila penulis mampu menerapkan pelbagai nilai untuk
diterapkan dalam diri setiap warganegara Malaysia biarpun tidak bermastautin
dalam Negara. Sungguhpun tidak dapat melalui situasi-situasi perit yang melanda
Negara, namun penulis menunjukkan contoh yang baik untuk menyalurkan sumbangan
seperti doa untuk keselamatan Negara terutama di kala ditimpa musibah.
Terkadang
rasa cemburu dengan ketulusan hati penulis untuk mencapai kejayaan dalam
hidupnya yang penuh diselimuti pelbagai cabaran. Langsung tidak digambarkan
satupun kesusahan dalam menerima ujian Allah.
Suatu
penceritaan yang mengguna teknik imbas kembali, fakta dan sejarah
dalam setiap pembahagian yang ditulis dengan penuh kronologi dan bermakna.
0 comments:
Post a Comment