Wednesday, August 6, 2014

Ulasan buku: Umang

Penyertaan "Peraduan Ulas Buku ITBM di Facebook/Blog" anjuran ITBM oleh Aida Firdaus sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2014.


Umang, merupakan sebuah kisah cerita rakyat yang diadaptasi dengan baik oleh penulis.
Ilustrasinya berwarna warni, kisahnya jelas dan padat sudah tentu akan menarik minat pembaca cilik.

Umang menfokuskan kepada tema hubungan ibu dan anak. Umang, seorang anak yang baik tinggal di rumah panjang di Batang Ai bersama ibunya. Ibunya sangat menyayangi Umang.

Maka, pada suatu hari, ibu Umang berpesan kepada Umang agar tinggal di rumah kerana ibunya hendak mencari makanan. Umang ternyata ingkar dengan pesanan ibunya, dan keluar menuju ke titi di sebatang sungai.

Walaupun titi itu agak rapuh, Umang terus meniti lantas terjatuh ke dalam sungai. Ibu Umang sempat menyelamatkan Umang, dan Umang berjanji untuk mendengar kata-kata ibunya.

Buku ini memberi pengajaran bahawa pesan orang tua haruslah dipatuhi, kerana banyak isi tersirat di dalamnya. Isu keselamatan diketengahkan sebagai panduan kepada anak-anak. Ceritanya pantas dan sudah tentu anak-anak akan menghargai naskhah ini untuk bacaan mereka.

0 comments:

Post a Comment