Friday, July 25, 2014

Ulasan Buku "Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia 1791 -1965" oleh Hasanuddin Md Isa

Penyertaan "Peraduan Ulas Buku ITBM di Facebook/Blog" anjuran ITBM oleh Hasanuddin Md Isa sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2014.



Meneliti catatan perjanjian dalam buku Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia mengukuhkan ingatan warga Negara di Negara ini akan satu sejarah panjang perjuangan bangsa untuk mempertahankan kedulatan Negara daripada diancam oleh pengaruh asing.
Siri-siri perjanjian yang dijalankan menampilkan kebijaksanaan pemimpin terdahulu dengan selalu menekankan kepentingan kebajikan rakyat dan keselamatan Negara bangsa. Tidak ada dalam isi perjanjian membuka kepada permusuhan dan rasa tidak puas hati. Nyata perbincangan di meja rundingan yang telah diamalkan memberi keuntungan kepada rakyat di sini pada waktu itu.
Buku setebal 238 halaman ini merakamkan . sejarah penulisan perjanjian kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu sejal tahun 1791 hingga 1965. Antara dokumen perjanjian yang dimuatkan ialah:


i. Perjanjian Inggeris dengan Sultan Kedah 1791
ii. Perjianjian Inggeris dengan Naning 1803
iii. Perjanjian Sir Stanford Raffles 1819
iv. Persetiaan antara Great Britain dengan Johor 1824
v. Perjanjian Belanda 1824
vi. Penyerahan Pemerintahan Sarawak olrh Pangeran Muda Hussin 1841
vii. Tauliah daripada Sultan Borneo yang Melantik Gustavus Baron de Overbeck sebagai Maharaja Sabah (Borneo Utara ) dan Raja Gaya dan Sandakan , 1877.
viii. Perjanjian yang dibuat oleh Pembesar Perak di Pulau Pangkor ,1874
ix. Pemasyhuran Selangor,1875
x. Pemasyhuran Pahang, 1889.
xi. Perjanjian antara Gabenor Negeri-negeri Selat yang Betindak bagi Pihak Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dan Undang Luak-Luak yang selepas ini Dinamakan Negeri Sembilan 1895.
xii. Persetiaan Persekutuan 1895
xiii. Perjanjian antara Great Britain dengan Siam 1909
xiv. Perjanjian antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dengan Kerajaan Kelantan 1910
xv. Perjanjian antara kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King dengan Kerajaan Terengganu ,1910.
xvi. Perjanjian antara kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dengan Negeri Johor, 1914.
xvii. Perjanjian antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain dengan Negeri Kedah, 1923
xviii. Pengisytiharaan Panglima Tentera Jepun, 1942.
xix. Perjanjian antara Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara dengan Negeri Perlis ,1945.
xx. Ordinan Peraturan Darurat, 1948.
xxi. Perjanjian Penubuhan Perjawatan Malays, 1948.
xxii. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, 1957.
xxiii. Pemasyhuran Kemerdekaan 1957.
Xxiv . Perjanjian berhubung dengan Malaysia, 1963.
xxv. Pemasyhuran Malaysia, 1963.
xxvi. Akta Perlembagaan dan Malaysia (Pindaan Singapura) , 1965.

Penyusunan penulisan
Buku ini ditulis dengan memasukkan Prakata oleh Dato’ Dr. Wan Hashim Wan The, Pengerusi Institut Terjemahan Negara Malaysia, , Selembar bicara oleh Dato’ Haji Sidek bin Haji Ismail, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, penghargaan dari ITNM, Catatan Editor oleh Yusof Cha , Mukadimah oleh Dato’ Dr. Khoo Kay Kim dan 26 nashkah perjanjian.Terdapat dua lampiran disediakan dan ditamatkan dengan bibliografi dan rujukan.

Kutipan daripada nashkah perjanjian
Nashkah-nashkah perjanjian yang ditulis menampakkan keterbukaan sikap pemerintah Tanah Melayu terhadap kedatangan pengaruh asing. Namun begitu dalam mengikat sesuatu perjanjian, pandangan jauh ke hadapan dapat dilihat daripada perjanjian yang dibuat.
Dalam menentukan tempoh masa. Dalam persetiaan dengan Sultan Kedah, 1791 ditulis begini:

Bahawasanya, pada hari ini tulisan ini menunjukkan Gabenor Pulau Pinang, wakil Syarikat Inggeris telah mengikat Perjanjian keamanan dan persahabatan dengan Duli Yang Maha Mulia Baginda Yang di-Pertuan Kedah, dan semua Orang-orang Besar Baginda dan rakyat kedua-dua negeri untuk aman damai di laut dan di darat, supaya berkekalan selagi matahari dan bulan bercahaya… .

Faedah mengkaji buku ini
Nyata setelah selesai membaca buku ini, terdapat banyak faedah yang diperolehi. Antaranya ialah:

i. Memperoleh sumber pertama dalam hubungan dua hala antara kerajaan di TanahMelayu, Sabah dan Sarawak dengan pihak Inggeris.

ii. Kandungan perjanjian ditulis dengan bijaksana demi keselamatan penduduk di negeri-negeri Melayu.

iii. Pengukuhan perpaduan bangsa melalui penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 memberi impak positif kepada pembangunan Negara


0 comments:

Post a Comment